ERIK Winter melancarkan model baru Volkswagen Beetle Edisi Khas Merdeka Ke-60 dan Jetta Allstar. FOTO Muhammad Sulaiman
ERIK Winter melancarkan model baru Volkswagen Beetle Edisi Khas Merdeka Ke-60 dan Jetta Allstar. FOTO Muhammad Sulaiman
Lizam Ridzuan


VOLKSWAGEN Passenger Cars Malaysia (VPCM) melancarkan varian terbaru Jetta Allstar dan Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bersempena Volkswagen Fest 2017 di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, hari ini.

Volkswagen Jetta Allstar edisi terkini selepas model Polo dan Vento dipasangkan ciri aksesori eksklusif bernilai RM3,000 merangkumi pedal aluminium, spoiler but belakang, plat sisi, logo dan karpet lantai 'Allstar' ditawarkan pada harga bermula RM109,990.

Volkswagen Beetle Edisi Khas Merdeka ke-60 bersempena bulan kemerdekaan negara dengan pelekat nombor 60 pada bonet dan sisi sama seperti model ikonik Herbie Beetle ditawarkan dalam jumlah terhad iaitu 16 unit sahaja di negara ini pada harga RM136,888 dalam warna putih dan perak.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, selain pelancaran dua model baru, Volkswagen Fest 2017 yang berlangsung sehingga 13 Ogos ini dianjurkan khas buat pengunjung merasai suasana karnival untuk melihat kenderaan dan promosi hebat oleh Volkswagen.

Aktiviti menarik seperti pemeriksaan kenderaan percuma, diskaun alat ganti dan kos buruh, perhimpunan kereta Volkswagen klasik seperti Beetle dan Kombi serta pelbagai lagi acara sesuai untuk seisi keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Ogos 2017 @ 6:16 PM