Angel di Maria
Angel di Maria
Memphis Depay
Memphis Depay
Luke Shaw
Luke Shaw
Ander Herrera
Ander Herrera
Daley Blind
Daley Blind
Morgan Schneiderlin
Morgan Schneiderlin
Sergio Romero.
Sergio Romero.

Louis van Gaal membelanjakan lebih daripada £250 juta (RM1.61 bilion) untuk membeli Angel di Maria hinggalah Victor Valdes namun tidak banyak membantu menyumbang kejayaan kepada Manchester United sejak dua tahun ini.

Angel di Maria - £52.5 juta (RM338.5 juta)(Musim panas 2014)

Bermula cemerlang di Old Trafford namun kecederaan membuatnya semakin ‘hilang’ dari pasukan dan pada akhir musim bukan lagi pemain seperti sebelumnya. Dijual pada PSG pada harga £44.3 juta (RM285.6 juta). Rating: 5/10

Luke Shaw - £26.25 juta (RM169.2 juta)

Shaw mampu menjadi pemain cemerlang untuk kelab dan negaranya. Dia mengalami kecederaan teruk musim lalu dan tidak beraksi sejak September lalu selepas kakinya patah ketika menentang PSV, sewaktu dia berada di tahap terbaik sepanjang kariernya. Rating: 7/10

Ander Herrera - £25.2 juta (RM162.5 juta)

Biarpun memenangi hati penyokong, Van Gaal nampaknya tidak mempercayai pemain Sepanyol itu, sering keluar masuk dalam skuad. Dia mampu menjadi pemain penting United tetapi perlukan lebih banyak masa permainan. Rating: 6/10

Marcos Rojo - £14 juta (RM90.3 juta)

Seorang lagi pemain United yang diganggu kecederaan dan kali ini mengalami kecederaan bahu. Kelab itu masih belum melihat aksi terbaik daripada pertahanan Argentina itu. Rating: 6/10

Daley Blind - £12.25 juta (RM79.1 juta)

Berdasarkan yuran perpindahan yang dianggap sederhana, Blind mempunyai nilai yang baik dengan kebolehan bermain di mana saja untuk melepasi pertahanan dan aset penting di bahagian tengah bertahan. Ketika ini berada di bahagian bek tengah, dia banyak membantu United membentuk pertahanan paling mantap dalam Liga Perdana Inggeris, biarpun jauh daripada posisi yang digemarinya. Rating: 7/10

Radamel Falcao - pinjaman

Pemain yang gagal. Tidak pernah dilihat benar-benar cergas dan hanya menjaringkan empat gol daripada 29 perlawanan, apatah lagi dengan gaji mingguan £285,000 (RM1.83juta) dianggap tidak munasabah. Pemain terburuk sepanjang era Van Gaal. Rating: 2/10

Victor Valdes - percuma (Januari/Februari 2015)

Bermain dua kali pada penghujung musim lalu namun berselisih faham dengan Van Gaal pada musim panas dan dijangka meninggalkan kelab pada Januari. Rating: 3/10

Andy Kellett - pinjaman

Dibawa masuk secara pinjaman pada Februari dari Bolton dan kembali tiga bulan kemudian tanpa sebarang aksi, sebelum dipinjamkan ke Wigan. Pengambilan pelik dan tidak masuk akal. Rating: 3/10

Anthony Martial - £35 juta (RM225.8 juta) (Musim panas 2015)

Bermula cemerlang dengan empat gol daripada empat perlawanan pertama, sebelum menjaringkan dua gol dalam 14 perlawanan berikutnya. Dia berusia 20 tahun dan masih banyak masa untuk menepati yuran perpindahannya. Rating: 7/10

Morgan Schneiderlin - £24.5 juta (RM157.9 juta)

Dia berjaya menyesuaikan diri di bahagian tengah United, memberikan nadi dan impak. Sesetengah penyokong tidak berpuas hati apabila Van Gaal kerap menurunkan dua pemain tengah bertahanan, namun dia adalah pembelian berbaloi. Rating: 7/10

Matteo Darmian - £12.6 juta (RM81.2 juta)

Kekuatan di bahagian bek kanan yang dicari Van Gaal selepas kurang sabar dengan Rafael yang tidak menentu. Keupayaan pemain Itali itu beralih ke kiri juga bermanfaat ketika United berdepan isu kecederaan pertahanan. Rating: 7/10

Bastian Schweinsteiger - £6.3 juta (RM41.8 juta)

Sentiasa mengawal bola dan jarang tersasar daripada posisi. Kelihatan kurang pantas ketika tewas kepada Arsenal dan secera keseluruhannya peminat United berharap dia mempunyai kualiti pemain bintang. Rating: 6/10

Memphis Depay - £19.25 juta (RM124 juta)

Mencetuskan perbandingan dengan bintang No7 yang lain selepas menjaringkan dua gol pada kelayakan Liga Juara-Juara menentang Fc Burges. Namun prestasinya merosot selepas itu dan selepas digugurkan daripada skuad, hanya diturunkan apabila skuad Van Gaal dibelenggu kecederaan. Rating: 5/10

Regan Poole - £137,000 (RM883,765)

Bek tengah Wales berusia 17 dibeli untuk pelaburan masa depan dan masih belum menyertai skuad utama United. Rating: 5/10

Sergio Romero - percuma

Aksi hambar ketika menentang Swansea menjelang akhir musim perpindahan meyakinkan Van Gaal bahawa beliau perlu mendapatkan pengganti David de Gea jika penjaga gol itu meninggalkan pasukan. Namun De Gea kekal bersama pasukan dan Romero terpaksa menyesuaikan diri sebagai penjaga gol gantian. Rating: 5/10

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Disember 2015 @ 11:30 AM