DIDDY
DIDDY
Michelle Gun


Penyanyi popular penuh kontroversi, Taylor Swift diangkat majalah Forbes sebagai selebriti paling kaya di muka bumi untuk 2016 dengan jumlah pendapatan RM714 juta (AS$ 170 juta). Semua kekayaan itu hasil kejayaan Konsert Jelajah Dunia 1989.

Bagaimanapun, untuk 2017, penyanyi Diddy atau Sean Combs mengungguli artis terkaya dengan jumlah pendapatan RM546 juta (AS$130 juta) manakala Taylor tersungkur di tangga 49 apabila pendapatannya bagi tahun ini hanya dianggarkan sekitar RM185.97 juta.

Malah kedudukan artis di tempat kedua hingga lima juga tiada dalam senarai Top 10 tahun ini seperti One Direction, Adele, Madonna dan Rihanna.

Berikut senarai Top 10 selebriti paling kaya di dunia bagi 2017 terdiri daripada penyanyi, personaliti dan penulis buku sebagaimana yang diumumkan majalah Forbes baru-baru ini.

Jumlah pendapatan selebriti berkenaan dianggarkan berdasarkan laporan daripada Nielsen, NPD Bookscan, Pollstar, Box Office Mojo, Songkick, D’Marie, IMDB termasuk temu bual mereka bersama pihak terbabit dalam industri seni.

1. Diddy (RM546 juta)

Hampir dua dekad lalu, penyanyi ini dipaparkan di muka depan terbitan pertama Celebrity 100 majalah Forbes.

Pencapaian hebat Diddy tahun ini datang daripada kolaborasi berterusan dengan syarikat vodka Diageo’s Ciroc, konsert jelajah Bad Boy Family Reunion Tour dan jualan koleksi jenama sendiri, Sean John.

2. Beyonce (RM441 juta)

Jualan tiket konsert jelajah Formation yang melabuhkan tirainya hujung tahun lalu mengangarkan isteri penyanyi Jay Z ini memperoleh satu perempat daripada jumlah terbabit. Suaminya kedudukan ke-55.

Tahun lalu turut menyaksikan album keenam Beyonce, Lemonade menduduki tempat pertama carta muzik.

Selain itu, Beyonce turut memiliki saham dalam servis penstriman Tidal dan saham syarikat itu melonjak selepas Sprint melaburkan RM845.3 juta.

BEYONCE
BEYONCE

3. JK Rowling (RM399 juta)

Pencipta siri novel Harry Potter ini kembali popular menerusi buku Harry Potter And The Cursed Child yang menjadi karya paling laris pada 2016.

Sebanyak 4.5 juta naskhah dijual dan tiket menyaksikan teater kisah Harry Potter And The Cursed Child yang dipentaskan tahun depan turut habis.

Selain itu, Rowling turut menerima hasil daripada permainan Harry Potter di taman tema Universal Studios dan filem Fantastic Beasts And Where To Find Them yang diangkat daripada buku nukilannya.

JK Rowling
JK Rowling

4. Drake (RM394.8 juta)

Lagu jejaka tampan berasal dari Kanada ini paling banyak didengar menerusi aplikasi penstriman muzik sejak 12 bulan lalu.

Drake memperoleh wang yang banyak daripada konsert jelajahnya, Boy Meets World Tour yang berakhir baru-baru ini manakala hasil lain daripada Apple, Sprite dan Nike.

5. The Weeknd (RM386.4 juta)

Muzik penyanyi ini diputarkan lebih 5.5 bilion di aplikasi penstriman sejak dua tahun lalu. Penganjuran konsert Starboy: Legend Of The Fall World Tour saja sudah menjadikan The Weeknd jutawan menerusi hasil jualan tiket mencecah RM4.65 juta bagi setiap persembahan.

6. Howard Stern (RM378 juta)

Penyampai radio kontroversi ini mampu hidup mewah menerusi kontrak bernilai belasan jutaan dolar dengan SiriusXM.

Stern turut berkecimpung dalam aplikasi mobile dan penstriman video yang pasti memberi hasil lebih lumayan.

7. Coldplay (RM369.6 juta)

Kumpulan British ini masih mampu mengekalkan populariti mereka sejak kali pertama membuat kemunculan pada 1996.

Malah konsert jelajah Coldplay, Head Full Of Dreams Tour dikatakan konsert kelima paling laris sepanjang zaman.

Konsert itu masih berlangsung dan memperoleh kira-kira RM21.13 juta di setiap lokasi persembahan. Hasil daripada konsert itu menjadi bayaran paling lumayan buat anggota Coldplay sepanjang karier seni mereka.

COLDPLAY
COLDPLAY

8. James Patterson (RM365.4 juta)

Patterson menjadi penulis buku paling kaya di Amerika Syarikat selepas 9.5 juta naskhah karyanya dijual di negara itu dalam tempoh setahun. Malah beberapa karyanya turut diangkat ke layar kaca.

Dia juga menandatangani kontrak bernilai jutaan dolar untuk menghasilkan novel bersama mantan Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton.

JAMES Patterson
JAMES Patterson

9. Guns N’ Roses (RM355 juta)

Konsert Never In This Lifetime yang bermula tahun lalu menampilkan anggota terkenal Guns N’ Roses iaitu Axl Rose, Slash dan Duff McKagan.

Persembahan kumpulan ditubuhkan 32 tahun lalu itu masih berlangsung dan konsert mereka di beberapa negara membantu Guns N’ Roses mencapai pendapatan mencecah lapan angka.

Lebih menarik, hasil itu dicapai tanpa sokongan syarikat besar.

GUNS N’ Roses
GUNS N’ Roses

10. Rush Limbaugh (RM355 juta)

Program bual bicara hangat penyampai radio ini menyaksikan peningkatan dalam jumlah pendengar sebanyak 21 peratus.

Selain itu, Limbaugh turut memperoleh hasil lumayan daripada syarikat media iHeartMedia dan kontraknya diperbaharui semula Ogos lalu.

Pendapatan lain termasuk jualan daripada siri buku kanak-kanak dan paparan eksklusif di laman web untuk pengikut setianya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 2:57 AM