Gosip panas dan kontroversi bagaikan sudah sebati dengan dirinya sepanjang berkecimpung di persada hiburan tanah air.

Tidak sekadar kontroversi, namanya juga sering dikaitkan dengan sikap buruknya yang kerap bertukar pasangan seperti menukar baju di badan sendiri. Senang SS cakap artis ini memang tidak boleh hidup tanpa lelaki.

Terbaru, SS dapat tahu artis ini dilaporkan hamilanak luar nikah hasil hubungannya dengan teman lelaki terbarunya itu.

Bukannya rakan SS sengaja nak buat cerita untuk memburukkan namanya, sebalik­nya artis itu sendiri yang berani membuat pengakuan kepada seorang teman rapatnya.

Bagaimanapun, kata rakan SS, artis itu menggugurkan kandungannya itu kerana hubungan dengan teman lelakinya itu sudahpun berakhir.

Lebih teruk lagi, kata rakan SS, ia bukan kali pertama artis itu menggugurkan kandu-ngannya, tapi sudah beberapa kali hasil hubungan dengan teman lelakinya sebelum ini.

Mengucap panjang SS mendengar cerita yang disampaikan itu. Tidak sangka, ada artis yang sanggup hidup bergelumang dengan dosa serta melakukan perbuatan terkutuk sedemikian rupa tanpa memikirkan dosa dan pahala.

Apapun, SS harap semoga artis yang dimaksudkan itu mendapat hidayah daripada Allah SWT dengan segera serta cepat bertaubat daripada perbuata­n-nya itu.

SS: Tumpang gembira dengan berita artis yang dikurniakan cahaya mata pada tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 November 2014 @ 5:00 AM