MAZLAN (tengah) menunjukkan pistol dan dadah yang dirampas ketika menahan seorang ahli kumpulan itu di Binjai, Kota Bharu, Ahad lalu.
MAZLAN (tengah) menunjukkan pistol dan dadah yang dirampas ketika menahan seorang ahli kumpulan itu di Binjai, Kota Bharu, Ahad lalu.
Oleh Rosliza Mohamed

Kota Bharu: Polis menumpaskan Geng Medan Jelawat yang aktif mengedar dadah di Bachok dan bandar ini sejak dua tahun lalu.

Geng itu tumpas selepas tertangkapnya tiga individu, termasuk ketua kumpulannya dikenali sebagai Medan yang ditahan di Kuantan, Pahang, dua hari lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim, berkata semua suspek berusia 20 hingga 31 tahun itu ditahan secara berasingan sejak Ahad.

"Dengan tertangkapnya ketiga-tiga suspek ini dapat melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di daerah ini dan Bachok. "Mereka ditahan reman sehingga 13 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis masih memburu seorang lagi ahli kumpulan itu dikenali Amir, 20-an.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Disember 2015 @ 3:31 PM