Oleh Zulfa Mohamad


Kepala batas: Dua ahli geng Awe Kelate ditahan selepas mencuri motosikal untuk menghadiri perbicaraan kes curi di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, semalam.

Geng berkenaan datang menaiki bas dari Kelantan Dan turun di Terminal Sementara Penang Sentral, 6 pagi.

Mereka kemudian mencuri motosikal Honda EX5 di Flat Bagan Dalam, Butterworth kira-kira 500 meter dari terminal bas untuk ke mahkamah.

Bagaimanapun mereka tidak sempat ke mahkamah kerana ditahan polis yang membuat rondaan.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Abdul rahman Ibrahim berkata, suspek mendakwa mahu ke mahkamah untuk menghadiri perbicaraan kes curi motosikal di Bukit Mertajam.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Mac 2015 @ 12:20 PM