PESERTA bergambar kenangan sebelum pertandingan.
PESERTA bergambar kenangan sebelum pertandingan.
Oleh Mohamad Yatim Latip


Melaka: Aksi mantap Mohd Izzat Mahyuddin-Hamdan Md Zin membolehkan mereka muncul juara Kejohanan Badminton Tertutup Telok Mas yang berlangsung di Kompleks Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di sini, kelmarin.

Gandingan itu mengatasi beregu anak beranak Che Mohd Razi Che Mat-Mohd Raimi Che Mohd Razi 21-9, 21-17 untuk bergelar juara dan membawa pulang wang tunai RM150 serta hamper dan cenderahati.

Tempat ketiga dimenangi gandingan Dr Mohammad Bokhari-Nawawi Md Salleh yang menundukkan Ahmad Jalil Tukiman-Mohd Iqbal Rosley.

Sebanyak 34 beregu lelaki terbabit dalam kejohanan dua hari sempena program Karnival Masjid Al-Khairiah, Telok Mas 2015.

Dr Mohammad selaku pengerusi karnival itu berkata, menerusi program sebegitu, mereka dapat mengenali anak muda kampung yang mempunyai bakat dalam sukan badminton.

Selain badminton, pelbagai aktiviti lain seperti ping pong, mewarna, pertandingan azan, hafazan dan bacaan khutbah Jumaat diadakan bagi mewarnai karnival itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 9:02 AM