FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Siraj Mohd Zaini


Shah Alam : Seorang lelaki berusia 60 tahun meninggal dunia di perkarangan Stadium Shah Alam dipercayai kerana mengalami masalah jantung, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, dalam kejadian kira-kira 9 malam itu mangsa dikenali sebagai Zainal Maudin, secara tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri sebaik saja tiba di perkarangan stadium bagi menonton perlawanan separuh akhir Piala Malaysia membabitkan pasukan Selangor dan Pahang.

Menurutnya, mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah,(HTAR) untuk bedah siasat pagi ini.

"Mangsa yang tinggal di Taman Rasa Jaya, Hulu Selangor akan dituntut ahli keluarganya selepas bedah siasat selesai dijalankan.

"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Disember 2015 @ 11:36 AM