SUASANA di pintu gerbang Istana Besar Jalan Ayer Molek. FOTO Mohd Sabran Md Sani
SUASANA di pintu gerbang Istana Besar Jalan Ayer Molek. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Oleh Mohd Sabran Md Sani

 

Johor Bahru: Suasana berdekatan pintu gerbang Istana Besar di Jalan Ayer Molek di sini, masih terkawal dengan anggota Askar Timbalan Setia Negeri (JMF), sejak 5 pagi.

Kumpulan media yang berkumpul sejak 7 pagi ini, bagaimanapun dilarang untuk membuat sebarang liputan dan hanya dibenarkan di luar kawasan istana terbabit.

Hanya kenderaan rasmi golongan kenamaan (VIP) saja dibenarkan memasuki kawasan berkenan dengan kebenaran anggota pengawal bertugas.

Sementara itu jenazah Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim, 25, yang mangkat di Hospital Sultanah Aminah (HSA), 7.11 petang semalam akan dikafan serta disolatkan di Istana Besar hari ini.

Orang awam serta rakyat jelata dibenarkan memasuki istana selama dua jam untuk memberikan penghormatan terakhir bermula 9 pagi ini.

Orang awam lelaki yang ingin menziarahi diminta untuk memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih, bersamping hitam tidak bercorak, songkok hitam yang berlilit kain putih.

Manakala lelaki bukan Islam dikehwndaki memakai sut hitam, bersongkok dan berlilit putih di lengan, manakala bagi wanita Islam memakai baju kurung telum belanga putih.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 Disember 2015 @ 9:05 AM