Hughes yakin kemampuan pasukannya dalam saingan empat terakhir Piala Liga Inggeris. Foto Reuters
Hughes yakin kemampuan pasukannya dalam saingan empat terakhir Piala Liga Inggeris. Foto Reuters

Mark Hughes berkata Stoke City mampu menewaskan sebarang pencabar selepas mara ke separuh akhir Piala Liga Inggeris (COC).

Stoke menyingkirkan Sheffield Wednesday 2-0 awal pagi tadi - The Potters akan berdepan sama ada Manchester City, Everton, Liverpool atau Southampton pada pertembungan empat terakhir.

Semua pasukan bakal ditentang berada dalam kedudukan lebih tinggi Liga Perdana Inggeris (EPL) berbanding skuadnya tetapi Hughes yakin menewaskan mana mana jika bertemu dalam saingan timbal balik.

"Kami gembira melepasi saingan tetapi masih tinggal beberapa pasukan bagus," katanya.

Kali terakhir Stoke mara ke separuh akhir dan memenangi piala itu adalah pada 1972. Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Disember 2015 @ 6:09 PM