London: Middlesbrough akan berdepan Everton pada perlawanan suku akhir Piala Liga Inggeris (COC) selepas menyingkirkan Manchester United pada pusingan keempat menerusi sepakan penalti awal pagi tadi.

Manchester City akan beraksi di tempat sendiri menentang kelab Liga Kejuaraan Hull sementara Stoke mengenepikan cabaran juara bertahan, Chelsea akan menanti kunjungan Sheffield Wednesday yang menewaskan Arsenal.

Pertembungan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Southampton menyaksikan The Saints akan menanti skuad Liverpool yang menang ke atas Bournemouth.

Perlawanan peringkat lapan terakhir akan bermula 1 Disember. - BBC Sport

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Oktober 2015 @ 4:55 PM