PAUL LAMBERT
PAUL LAMBERT
AFP

STOKE City mengumumkan pengurus Paul Lambert meninggalkan posisinya selepas mencapai persetujuan bersama kelab yang tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.

“Kelab ini ingin berterima kasih kepada Paul untuk segala usaha kerasnya sejak empat bulan lalu dan ucapkan selamat maju jaya,” kata Stoke dalam kenyataannya.

“Ketika beliau gagal menyelamatkan kelab daripada tersingkir selepas dilantik pada Januari lalu, ia bukan disebabkan kurangnya kesungguhan, sikap profesional dan dedikasinya.”

Lambert tiba ke Stoke bagi menggantikan Mark Hughes, namun gagal menyelamatkan nasib buruk mereka yang menamatkan kempen di tangga kedua terbawah EPL.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Mei 2018 @ 12:50 AM