Oleh Erywan Norshal


Kuala Lumpur: Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd (KMSB) melancarkan tiga model motosikal baharu menerusi Ninja ZX-10R, J300 ABS dan Z125 Pro sebentar tadi.

Kawasaki Ninja ZX-10R adalah varian motosikal berkuasa tinggi dipertingkatkan manakala J300 ABS danZ125 Pro, jentera segmen baru diperkenalkan KMSB di negara ini.

Harga bagi Kawasaki Ninja ZX-10R kurang RM99,000 yang ditawarkan dengan dua varian iaitu edisi KRT dan Winter.

Bagi segmen baru menerusi model skuter Kawasaki J300 ABS, ia ditawarkan dengan warna kelabu dan putih degan harga bawah RM29,800.

Kawasaki Z125 Pro pula kategori motosikal supernaked kecil dijual pada harga bawah RM9,900 yang mempunyai warna hijau dan oren.

Bagaimanapun, harga itu dijual tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 November 2015 @ 8:40 PM