Lizam Ridzuan


Petaling Jaya: Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) melancarkan empat model baru untuk pasaran Malaysia, hari ini.

Model Kawasaki Ninja Z900 ABS, Z650 ABS, Ninja 650 ABS dan Versys-X 250 diperkenalkan bagi memenuhi keperluan pasaran pengguna motosikal berkuasa tinggi tempatan.

Kawasaki Z900 baru dengan enjin 948cc sejukan cecair empat lejang dengan empat silinder sebaris merupakan model ‘Z Supernaked’ agresif.

Kawasaki Ninja 650 ABS serba baru mempunyai enjin berkembar selari dengan casis ringan yang dikuasakan 649cc dengan prestasi sporty.

Kawasaki Z650 sesuai untuk penunggang baru yang ingin beralih kepada jentera berkapasiti lebih besar dengan pengendalian yang lebih ideal untuk tunggangan prestasi atau kegunaan harian.

Manakala model Versys-X 250 model touring yang sesuai untuk digunakan di pelbagai permukaan jalan dengan prestasi sebuah jentera silinder berkembar 249cc.

Semua model didatangkan dengan ciri Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) sebagai ciri standard kecuali Versys-X dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer yang mana lebih dahulu.

Jangkaan harga yang diberi oleh KMSB untuk model Z900 ABS ialah di bawah RM58,000, Ninja 650 ABS (di bawah RM38,000), Z650 ABS (di bawah RM37,000) dan Versys-X 250 di bawah harga RM25,000 bakal berada di pasaran pada suku tahun pertama 2017.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 January 2017 @ 9:53 PM
KAWASAKI Z900 ABS. FOTO Lizam Ridzuan
KAWASAKI Z900 ABS. FOTO Lizam Ridzuan
KAWASAKI Ninja 650 ABS. FOTO Lizam Ridzuan
KAWASAKI Ninja 650 ABS. FOTO Lizam Ridzuan
KAWASAKI Z650 ABS. FOTO Lizam Ridzuan
KAWASAKI Z650 ABS. FOTO Lizam Ridzuan
KAWASAKI Versys-X 250. FOTO Lizam Ridzuan
KAWASAKI Versys-X 250. FOTO Lizam Ridzuan