JEFFREY (dua dari kanan) bersama Pengarah Eksekutif Kawasaki Malaysia, Ahmad Faez Yahya ketika pembukaan pelancaran ruang pameran eksklusif Kawasaki GT World Ninja dan KESC di Bandar Sunway, Petaling Jaya, hari ini. FOTO Amirudn Sahib.
JEFFREY (dua dari kanan) bersama Pengarah Eksekutif Kawasaki Malaysia, Ahmad Faez Yahya ketika pembukaan pelancaran ruang pameran eksklusif Kawasaki GT World Ninja dan KESC di Bandar Sunway, Petaling Jaya, hari ini. FOTO Amirudn Sahib.
Lizam Ridzuan


KAWASAKI Motors (Malaysia) Sdn Bhd (KMSB) merasmikan pembukaan ruang pameran eksklusif Kawasaki GT World Ninja dan Pusat Servis Eksklusif Kawasaki (KESC) melalui pengedarnya SC Premium Bikes Sdn Bhd, hari ini.

Kedai konsep butik berkeluasan 9,000 kaki persegi itu yang menempatkan ruang pameran motosikal, jualan barangan Kawasaki dan pusat servis termaju yang dilengkapi mesin ‘dyno’ untuk talaan motosikal.

Pengurus Besar KMSB, Datuk Jeffrey Lim berkata, ruang pameran premium itu adalah yang ke-10 di negara ini menawarkan keselesaan dan ruang luas terutama untuk membeli motosikal atau melakukan servis motosikal.

“Ini adalah cara kami menyediakan khidmat selepas jualan dan produk berkualiti untuk pembeli dan pemilik motosikal Kawasaki yang sentiasa menyokong jenama ini di Malaysia,” katanya ketika majlis perasmian di Bandar Sunway.

SC Premium Bikes dibuka enam hari seminggu menyediakan lima mekanik berpengalaman dengan empat pekerja jualan untuk kelancaran operasi ruang pameran premis berteknologi hijau dan mesra alam yang dijana kuasa solar.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 September 2018 @ 9:34 PM