WEARABLE makin diterima.
WEARABLE makin diterima.
Afiq Hanif

Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd (Samsung) memperkenalkan dua peranti boleh pakai (wearable) termasuk Gear Sport dan Gear IconX yang mula dipasarkan hari ini.

Gear Sport, jam dengan rekaan bulat bersaiz 1.2 inci Super AMOLED kalis air sehingga 50 meter.

Beroperasi pada pemprosesan Exynos 7270 1.0GHz dan storan dalaman 4GB. Ia juga lengkap GPS, giro, accelerometer, barometer dan HRM.

Dijual pada harga RM1,299, dua warna tali jam boleh diperoleh iaitu hitam dan biru.

Gear IconX pula fon telinga tanpa wayar yang ergonomik dan ringan.

Sesuai untuk individu yang mengamalkan gaya hidup aktif seperti beraktiviti di gim, maraton atau berjoging, ia boleh dipasang dengan pengaktifan suara arahan kecergasan khas menguruskan latihan pengguna.

Ia juga mempunyai storan dalaman membolehkan pengguna memainkan lagu tanpa perlu sambungan Internet.

SPESIFIKASI:

SAMSUNG GEAR SPORT

Harga: RM1,299

Warna tali: Hitam/biru

Skrin: 1.2 inci Super AMOLED

Ciri: Kalis air 50 meter

Pemprosesan: Exynos 7270 1.0GHz

Storan: 4GB

RAM: 769MB

Kelengkapan: GPS, giro, accelerometer, barometer dan HRM

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 November 2017 @ 1:47 PM