MOHD Aliyas (kiri) dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Azlisha Ab Aziz (kanan), bercakap di sidang media. FOTO Faiz Anuar
MOHD Aliyas (kiri) dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Selangor, Azlisha Ab Aziz (kanan), bercakap di sidang media. FOTO Faiz Anuar
Oleh Na'imah Mohamed


Pelabuhan Klang: Sembilan warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu OP MARDOF 1/2015 oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Perikanan Negeri Selangor (JPNS) yang dijalankan selama empat hari bermula 20 November lalu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Klang, Laksamana Pertama Mohd Aliyas Hamdan berkata, sembilan warga asing itu ditahan dalam dua tangkapan berasingan ketika sedang menjalankan aktiviti perikanan di perairan Selangor.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap 23 bot nelayan, dua daripadanya didapati menggajikan warga asing yang menyalahi syarat lesen.

"Dua bot nelayan tempatan kelas C bersama awak-awak yang berusia antara 26 hingga 49 tahun ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua warga asing terbabit direman selama 14 hari bermula semalam untuk siasatan," katanya ketika sidang media di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 4:11 PM