KUA (kanan) bersama Pengerusi Eksekutif KSK Group Berhad, Tan Sri Kua Sian Kooi di ruang pameran pada perasmian galeri jualan 8 Conlay.
KUA (kanan) bersama Pengerusi Eksekutif KSK Group Berhad, Tan Sri Kua Sian Kooi di ruang pameran pada perasmian galeri jualan 8 Conlay.

Kuala Lumpur: KSK Land Sdn Bhd akan membina projek pembangunan bercampur, 8 Conlay dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM5.4 bilion yang dijangka selesai akhir 2020.

Pengarah Urusannya, Joanne Kua berkata, pembangunan terbabit mempunyai 68 tingkat hotel lima bintang, suite servis dan komponen runcit.

Katanya, 8 Conlay menawarkan menawarkan kediaman dalam gaya hidup terkini yang lebih bergaya dan menampilkan kehidupan urban.

“Fasa pertama 8 Conlay mengetengahkan ciri kediaman berjenama yang dikenali sebagai YOO8 dikendalikan oleh Kempinski dengan dua menara yang mempunyai 1,062 unit kediaman mewah dari satu hingga tiga bilik.

“Kami juga menerima maklum balas positif daripada pelanggan tempatan dan luar negara bagi servis YOO8, lebih-lebih lagi projek ini berada di lokasi strategik di tengah bandar raya Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media perasmian galeri jualan 8 Conlay di sini, semalam.

Galeri Jualan 8 Conlay dibuka bermula 18 November 2015 dan menampilkan unit contoh bagi projek yang dibangunkan KSK Land.

Kua berkata, pihaknya menyasarkan pembeli daripada golongan profesional muda dan individu berpendapatan tinggi.

Menara A YOO8 dilengkapi perabot dan reka bentuk dalaman oleh pereka dalaman terkenal antarabangsa, Steve Leung dan YOO.

Beliau berkata, menjadi tanggungjawab KSK Land mencipta ruang kediaman yang berganda lebih baik dan berkualiti dalam 8 Conlay.

Menara A YOO8 akan mempunyai 564 unit daripada saiz 700 hingga 1,308 kaki persegi dengan harga RM3,200 setiap kaki persegi manakala Menara B mempunyai 468 unit.

Untuk maklumat lanjut boleh layari www.8conlay.com.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 November 2015 @ 5:10 AM