LEBIH 60,000 peserta menyertai larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
LEBIH 60,000 peserta menyertai larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
Oleh: Anis Nabilla Md Wazilah


Georgetown: Larian Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 2014 yang berlangsung awal pagi tadi menyaksikan penyertaan lebih 60,000 peserta dari dalam dan luar negara.

Larian yang julung kali diadakan di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah itu juga menyaksikan peserta dari negara Kenya mendominasi acara berkenaan apabila memenangi dua kategori utama.

Bagi kategori marathon penuh lelaki dan wanita dimenangi Alex Melly, 27, dan Frida Jepkite, 32, menamatkan larian sejauh 42 kilometer (km).

Masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan piala.

Antara kategori lain yang turut dipertandingkan ialah separa maraton lelaki dan wanita, terbuka lelaki dan wanita, junior dan larian ria.


Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 November 2014 @ 4:19 PM