London: Doktor pasukan Chelsea, Eva Carneiro (gambar) masih belum kembali bekerja selepas dikritik pengurus Jose Mourinho.

Peranan Eva dihadkan selepas beliau dan ketua fisio Jon Fearn memasuki padang untuk merawat Eden Hazard ketika seri 2-2 dengan Swansea pada 8 Ogos lalu.

Chelsea beraksi dengan sembilan pemain ketika itu dengan penjaga gol Thibaut Courtois dibuang padang dan Mourinho berkata, dua individu itu terlalu naif.

Eva sedang berunding dengan peguamnya ketika ini.

Chelsea enggan mengulas apa yang dianggap mereka sebagai urusan dalaman staf.

Mourinho dikecam teruk selepas menyatakan pasukan perubatannya “tidak memahami permainan”.

Insiden dan pertelagahan itu akan dibincangkan pada mesyuarat jawatankuasa perubatan FIFA, 11 September ini.

Eva bertugas di kelab itu selama lima tahun. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 September 2015 @ 8:35 AM