TANAH runtuh menyebabkan laluan kedua-dua hala ditutup sementara. FOTO ihsan pembaca
TANAH runtuh menyebabkan laluan kedua-dua hala ditutup sementara. FOTO ihsan pembaca

Kuala Lumpur: Anih Berhad mencadangkan laluan alternatif berikut susulan kejadian tanah runtuh di kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dekat Lentang-Bukit Tinggi.

Menurut laman twitter LPTTrafik, kenderaan dari arah Kuala Lumpur dicadangkan supaya keluar di Bukit Tinggi atau di kawasan rehat Lentang dan menggunakan Jalan Dalam.

Manakala pengguna menghala ke Kuala Lumpur dicadang supaya keluar di Tol Plaza Karak atau Bentong dan menghala ke Karak-Pelangai-Bahau-Seremban-KL.

Pengguna dari Pantai Timur ke Kuala Lumpur

1. Keluar Plaza Tol Karak masuk ke Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

2. Bentong -Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

Pengguna sudah terlepas ke Plaza Tol Bentong

1. Buat pusingan U sebelum Plaza Tol Bentong - Karak - Pelangai - Bahau - Seremban - KL

Pengguna dari Kuala Lumpur yang terlepas sampai Lentang

Buat pusingan U dekat Hentian Rehat Lentang - KL - Seremban - Bahau - Pelangai - Karak - LPT1

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 November 2015 @ 9:39 PM