TANAH mendap di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang menyebabkan laluan di Kilometer 66.1 ditutup sementara. FOTO Ihsan Pembaca.
TANAH mendap di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang menyebabkan laluan di Kilometer 66.1 ditutup sementara. FOTO Ihsan Pembaca.
Nurul Hidayah Bahaudin


Bentong: Tanah mendap di Kilometer 66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak antara persimpangan Bentong ke persimpangan Bentong Timur menyebabkan semua lorong di lokasi berkenaan ditutup sementara.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan dimuat naik di Twitter memaklumkan, penutupan itu menyebabkan trafik sesak di kedua-dua arah.

Pihak LLM juga menasihatkan pengguna jalan raya yang melalui laluan itu untuk keluar ke bandar Bentong.

Sementara itu, akaun Facebook Lebuhraya Pantai Timur (LPT) meminta pengguna lebuh raya menuju ke Kuala Lumpur dari Kuantan untuk keluar di Plaza Tol Bentong Timur dan masuk semula di Plaza Tol Bentong Barat.

Bagi pengguna dari Kuala Lumpur ke Kuantan diminta untuk keluar di Plaza Tol Bentong Barat dan masuk semula di Plaza Tol Bentong Timur.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Julai 2023 @ 10:50 PM