ORANG ramai berpusu-pusu di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan.
ORANG ramai berpusu-pusu di Terminal Bersepadu Bandar Tasik Selatan.
KEMALANGAN di Kilometer 27.2 menambahkan kesesakan lalu lintas menghala ke Kuala Lumpur.
KEMALANGAN di Kilometer 27.2 menambahkan kesesakan lalu lintas menghala ke Kuala Lumpur.
KEADAAN tradfik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Seberang Jaya menghala ke Kuala Lumpur.
KEADAAN tradfik di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Seberang Jaya menghala ke Kuala Lumpur.
KENDERAAN di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang, semalam.
KENDERAAN di Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur sekitar jam 5 petang, semalam.
Oleh Iskandar Shah Mohamed

Kuala Lumpur: Lebih sejuta kenderaan membanjiri tiga pintu masuk utama ke ibu negara yang mengalami kesesakan terutama dari arah Pantai Timur selepas menghabiskan cuti umum sempena sambutan Tahun Baru Cina, semalam.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menganggarkan angka itu berikutan faktor ada daripada warga kota masih bercuti di kampung halaman dan akan pulang pada Ahad ini.

Sehingga lewat petang semalam, pemerhatian Pusat Pengurusan Trafik LLM mendapati laluan lebuh raya di utara, selatan dan timur tanah air mula menunjukkan pergerakan aliran trafik perlahan sejak jam 11 pagi.

Pertambahan jumlah kenderaan berlarutan sehingga petang terutama pengguna Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang menuju ke Plaza Tol Bentong dan Gombak.

Jurucakap LLM berkata, hasil pemantauan pihaknya mendapati keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi dan Jalan Duta masih terkawal pada sebelah siang dan kebiasaannya mencatatkan peningkatan selepas jam 8 malam.

“Bagi sebelah utara, kesesakan berlaku sejak jam 11.54 pagi di laluan Permatang Pauh-Prai, Changkat Jering-Kuala Kangsar, Sungai Perak-Jelapang, Simpang Pulai-Gopeng, Bidor-Sungkai dan Slim River-Bidor.

“Aliran trafik bagi selatan perlahan di laluan Yong Peng-Pagoh dan Pedas Linggi-Port Dickson,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, keadaan lebuh raya dari arah timur bagaimanapun menunjukkan peningkatan kenderaan sejak jam 1 tengah hari antaranya membabitkan kesesakan lebih lima kilometer.

“Kawasan yang dibanjiri pengguna itu membabitkan laluan Mempaga-Plaza Tol Bentong, Lentang-Bukit Tinggi dan Genting Highlands menuju ke Plaza Tol Gombak,” katanya.

Kata jurucakap itu, tiada kemalangan teruk dilaporkan dan LLM menasihatkan pengguna tidak menggunakan laluan kecemasan yang hanya dikhaskan untuk pihak berkaitan antaranya bantuan menyelamat mangsa kemalangan di kawasan itu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000.

Boleh layari laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau hubungi talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Februari 2016 @ 7:58 AM