GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil

Kuala Lumpur: Trafik di Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) sesak dari arah pantai timur menuju ke Lembah Klang setakat jam 5.03 petang tadi.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu hantaran di Facebook berkata, trafik perlahan dari dari arah Timur bermula di Karak sehingga Plaza Tol Karak.

Dari arah barat pula, trafik perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Lentang dan dari Terowong Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.

Sementara itu, di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) trafik perlahan di arah utara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bandar Saujana Putra.

Di arah selatan Lebuhraya Elite, trafik perlahan dari USJ sehingga Bandar Saujana Putra.

Trafik perlahan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) dari Nilai Utara hingga Kawasan Rehat dan Rawat (RNR) Seremban arah Selatan, dari Ayer Keroh ke Tangkak, Pagoh ke Yong Peng, Machap ke Simpang Renggam dan dari Kulai ke Senai.

Pada masa sama, trafik perlahan di Lebuhraya Plus di Plaza Tol Sungai Besi ke pusat bandar, Southville City ke Kajang, Nilai Utara ke Southville City, dan Bandar Ainsdale ke Nilai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2023 @ 5:44 PM