Izo (dua dari kanan) tidak mahu ambil tahu mengenai XPDC yang satu lagi.
Izo (dua dari kanan) tidak mahu ambil tahu mengenai XPDC yang satu lagi.
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Kuala Lumpur: Kumpulan heavy metal terkenal XPDC kini berdepan konflik apabila terpecah kepada dua kumpulan dan masing-masing pula mendakwa berhak menggunakan nama XPDC.

Ketika XDPC yang dianggotai Mael (penyanyi), Zuar (bass), Amy (dram) dan Jeff (gitar) merancang mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Melaka, Ahad ini, pemain gitar asalnya Izo tampil dengan Ali (penyanyi), Eddie (bass), Arif (gitar) dan Lola (dram) yang turut menggunakan nama XPDC dan bakal menjayakan persembahan di beberapa lokasi sepanjang bulan ini.

Izo ketika ditemui berkata, kini dia hanya fokus kepada kumpulannya dan tidak mahu ambil tahu mengenai XPDC yang satu lagi.

Menurut Izo, pihaknya sudah mengadakan mesyuarat dengan syarikat rakaman Life Records dan diberi kebenaran menghasilkan album projek khas dalam masa terdekat.

“Ikutkan, kontrak XPDC dengan Life Records sudah tamat. Saya dan Eddie sudah tiga kali berbincang dengan mereka dan yang terakhir dua minggu lalu.

“Life Records menawarkan kontrak dan saya diminta mencari anggota XPDC sama ada mengekalkan yang lama atau mengetengahkan yang baru.

“Saya akhirnya tampilkan anggota yang ada sekarang dan mereka bersetuju. Mereka juga suka idea saya menggabungkan Ali dengan bekas vokalis kumpulan Dewa, Once,” katanya menyerahkan kepada Life Records untuk membuat keputusan siapa lebih berhak menggunakan nama XPDC.

Harian Metro menerusi sisipan RAP hari ini melaporkan Zuar yang muncul bersama anggota asal XPDC seperti Mael dan Amy merasakan tindakan Izo mengambil anggota baru dalam XPDC tidak kena pada tempatnya.

“Apabila mendapat tahu Izo mahu menggantikan anggota asal XPDC dengan anggota baru, saya terus teringat pesan komposer Allahyarham Zul Adnan Mohd Razali atau JS Kevin. Arwah cipta nama XPDC yang diambil daripada setiap watak kami.

“Lagu yang dia cipta pun berdasarkan watak kami. Katanya XPDC takkan wujud tanpa gandingan kami semua. Jadi, memang tak adil kalau dia seorang saja anggota asal, tapi masih nak gunakan nama XPDC.

“Kami tak kisah jika dia gunakan nama lain dan mendoakan kejayaannya. Seandainya Izo mahu menyertai XPDC semula selepas ini, kami sedia berbincang dengannya,” kata Zua

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 November 2015 @ 7:06 PM