PENDUDUK memeriksa rumah yang rosak akibat gempa bumi. FOTO EPA
PENDUDUK memeriksa rumah yang rosak akibat gempa bumi. FOTO EPA
Oleh Hairulazim Mahmud


Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi kuat di Pakistan dan Afghanistan semalam.

“Takziah kepada keluarga mangsa gempa bumi di Pakistan dan Afghanistan. Al-Fatihah,” kata beliau melalui status terkini laman sosial Facebook hari ini.

Gempa bumi kuat menggegarkan ibu negara India ini pada 2.40 petang (5.10 petang waktu Malaysia) semalam susulan gempa bumi bermagnitud 7.7 skala Richter di wilayah Hindu Kush di Afghanistan.

Gegaran itu menyebabkan penduduk New Delhi bergegas keluar dari pejabat dan rumah masing-masing.

Gegaran itu, yang berlaku kira-kira 10 hingga 15 saat, turut dirasai di negeri-negeri utara India.

Dilaporkan lebih 280 mangsa terbunuh kebanyakannya di wilayah Pakistan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 2:32 PM