Sebahagian kediaman yang musnah di Antakya, Hatay, Turkiye. - FOTO Reuters
Sebahagian kediaman yang musnah di Antakya, Hatay, Turkiye. - FOTO Reuters
BERNAMA

Istanbul: Angka korban akibat gempa bumi yang melanda Turkiye pada 6 Februari lalu kini melebihi 45,000 nyawa lapor Sputnik, memetik Kementerian Dalam Negeri Turkiye pada Rabu.

"Menurut data terkini, seramai 45,089 orang terkorban akibat bencana dahsyat itu, manakala lebih 1.9 juta rakyat dipindahkan dari zon bencana," menurut kenyataan rasmi kementerian.

Mangsa gempa bumi yang hilang tempat tinggal kini ditempatkan di lebih 358,000 khemah dan kontena.

Dua kejadian gempa bumi dahsyat berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah tenggara Turkiye pada 6 Februari.

Gegaran itu turut dirasai di 11 wilayah Turkiye dan negara jiran, Syria turut terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2023 @ 6:27 PM