BJUSTO meninggalkan mahkamah di Bangkok pada 17 Ogos 2015. FOTO NSTP Aizuddin Saad
BJUSTO meninggalkan mahkamah di Bangkok pada 17 Ogos 2015. FOTO NSTP Aizuddin Saad
Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad dan Kalidevi Mogan Kumarappa


Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia sudah mendapat kebenaran daripada Polis Thailand untuk merakam kenyataan Xavier Andre Justo berhubung isu siasatan 1MDB.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, perancangan sedang dibuat dengan bantuan polis negara jiran itu untuk merakam keterangan Justo di Bangkok.

Katanya, sepasukan polis akan dihantar ke Thailand dalam masa terdekat selepas tarikh dan masa untuk dirakam keterangan itu ditetapkan hujung minggu ini.

"Polis Thailand sudah bersetuju untuk memberi kebenaran kepada kita untuk merakam keterangan Justo.

" Pegawai akan pergi ke sana pada bila-bila masa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2015 @ 12:52 PM