Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Polis Thailand akan ke Malaysia 2 Julai depan bagi mengadakan perbincangan bersama polis Malaysia berkaitan penangkapan bekas eksekutif PetroSaudi International Ltd, Xavier Justo.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya kini sedang menunggu polis Thailand menyelesaikan siasatan terhadap Xavier Justo.

Menurutnya, perbincangan yang akan diadakan itu akan meliputi segala aspek termasuk langkah yang akan diambil terhadap Justo.

"Kami memang berhubung rapat dengan pihak Thailand, setakat ini kita perlu menunggu dulu pihak Thailand menyelesaikan siasatan terhadap Justo.

"Saya juga telah membuat permohonan supaya kita juga diberi ruang menemubual Justo sebelum apa juga tindakan diambil,"katanya selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya PDRM di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Jun 2015 @ 10:21 AM