Rashid enggan perbesarkan hal kerana mahu bersikap profesional. PIX NSTP
Rashid enggan perbesarkan hal kerana mahu bersikap profesional. PIX NSTP
Oleh Najiy Jefri


Kuala Lumpur: "Saya masih belum berdamai tetapi hanya bersikap profesional," kata juara Akademi Fantasia 2015, Sufi Rashid menafikan dia sudah berdamai dengan bapa tirinya, Arif Dollah.

Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid sebelum ini didakwa sudah berdamai dengan Arif apabila dilihat bersalaman dengan lelaki itu dalam satu majlis hiburan, di sini, baru-baru ini.

Sufi turut dikatakan sudah melupakan sengketa yang berlaku di antara dia dengan Arif.

Menurut Sufi, dia sebenarnya hanya bersikap profesional ketika bertemu Arif yang juga bekas pengurusnya dalam majlis itu.

"Tiada istilah kami sudah berdamai. Takkan hanya dengan satu salam pada malam itu saya sudah memaafkan dia. Namun saya gembira dan berbesar hati apabila Arif dan rakan-rakan dari Singapura datang menyokong saya.

"Bagi saya, apa yang saya lakukan lebih kepada bersikap profesional kerana saya percaya kami pasti akan bertemu dalam mana-mana majlis hiburan. Jadi, tiada sebab untuk saya mengelak daripada berjumpa dengannya," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, penyanyi kelahiran Singapura itu mendakwa Arif pernah menderanya secara seksual ketika dia berusia 13 tahun.

Sufi berkata, dia sebenarnya masih belum memaafkan bapa tirinya itu selepas apa yang berlaku tetapi tidak mahu kisah lama itu diperbesarkan lagi.

€œMana mungkin saya akan memaafkan dan melupakan apa yang pernah terjadi antara kami.

€œBagaimanapun saya tidak mahu memperbesarkan hal itu kerana saya mahu bersikap lebih profesional. Lagipun, industri hiburan tempatan ini kecil. Pusing-pusing di situ juga dan tidak boleh lari ke mana,€ katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2016 @ 10:11 PM