Elton John bersama Jeffrey (kiri) di Beverly Hills pada April 2014. FOTO SPLASH NEWS
Elton John bersama Jeffrey (kiri) di Beverly Hills pada April 2014. FOTO SPLASH NEWS
Susunan Oleh Michelle Gun


Los Angeles: Bekas pengawal peribadi Elton John menyaman penyanyi British itu atas dakwaan gangguan seksual.

Jeffrey Wenninger yang juga anggota polis Los Angeles mendakwa John, 69, beberapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu sepanjang berkhidmat untuk penyanyi berkenaan sejak 2002.

Menurut TMZ, Wenninger turut mendakwa penyanyi itu memegang alat sulitnya ketika perjalanan ke lapangan terbang dalam tiga kejadian berasingan pada 2014.

Bagaimanapun, John menafikan melakukan perbuatan itu dan peguam penyanyi berkenaan turut mendakwa tuduhan Wenninger tidak berasas.

Wenninger bertugas sebagai pengawal keselamatan John di luar waktu pejabat dan berhenti pada September 2014.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mac 2016 @ 9:44 PM