Udara yang berjerebu di Putrajaya ketika gambar dirakam jam 7.30 malam tadi,. - Foto MOHD FADLI HAMZAH
Udara yang berjerebu di Putrajaya ketika gambar dirakam jam 7.30 malam tadi,. - Foto MOHD FADLI HAMZAH
Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Bacaan kepekatan karbon monoksida (CO) yang dipantau Jabatan Alam Sekitar (JAS) sepanjang jerebu melanda negara, tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning.

JAS dalam kenyataan berkata, kepekatan CO rendah dan kurang daripada Garis Panduan Kualiti Udara Yang Disyorkan Di Malaysia adalah bawah 30 ppm satu jam atau 35 mikrogram per meter padu satu jam.

"Oleh itu, ia tidak akan menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning.

"Sehubungan itu, maklumat mengenai jerebu kuning dan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) yang disebar serta menjadi viral di media sosial khususnya WhatsApp hari ini adalah tidak benar," katanya.

Menurut kenyataan itu, sehingga jam 5 petang tadi, 25 kawasan mencatat status kualiti udara tahap tidak sihat.

Bagaimanapun, bacaan IPU di 25 kawasan berkenaan masih berada bawah tahap 200 dengan Pelabuhan Klang mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 178.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2015 @ 10:14 PM