Keadaan pusat bandar raya Kuala Lumpur yang diseliputi jerebu teruk dengan jarak penglihatan terhad yang dirakam pada jam 1.35 petang tadi dari Menara Felda. - Foto SALHANI IBRAHIM
Keadaan pusat bandar raya Kuala Lumpur yang diseliputi jerebu teruk dengan jarak penglihatan terhad yang dirakam pada jam 1.35 petang tadi dari Menara Felda. - Foto SALHANI IBRAHIM
Oleh Siraj Mohd Zaini dan Nabihah Kamal


Kuala Lumpur : Semua sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, daerah Kuching dan Samarahan di Sarawak, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak di Sabah, Muar, Ledang, Segamat di Johor, perlu ditutup esok.

Kementerian Pendidikan Malaysia dalam satu kenyataan berkata, tahap bacaan IPU sehingga jam 1 petang tadi bagi kebanyakan kawasan terbabit masih berada pada tahap tidak sihat.

Menurutnya, penutupan itu membabitkan 3,029 sekolah dan 1,909,842 murid di negeri dan daerah terbabit.

“Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah termasuk pengurusan sekolah di seluruh negara juga hendaklah secara berterusan memantau bacaan IPU dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib.

“Sekiranya berlaku peningkatan ke tahap tidak dan sangat tidak sihat, maka pihak berkenaan boleh mengambil tindakan di peringkat masing-masing seperti yang ditetapkan KPM," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 4:34 PM