NORIEEN (kiri) dan Mirsudiar menulis dan melukis ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
NORIEEN (kiri) dan Mirsudiar menulis dan melukis ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII). FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Dua kanak-kanak Orang Asli yang menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) sejak Jumaat lalu menunjukkan pertambahan berat badan sebanyak satu kilogram (kg).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kanak-kanak berkenaan, Mirsudiar Aluj, 11, dan Norieen Yaakob, 10, dipantau pakar perubatan hospital menjalani diet yang dibenarkan saja.

Katanya, rawatan terhadap mereka termasuk memulihkan kembali psikologi yang dipertanggungjawab oleh kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang akan memberi kaunseling.

"Ini sangat penting untuk pemulihan termasuk mengasingkan kedua pesakit ini di dalam bilik bagi mengelak terdedah dengan orang ramai ekoran masih trauma selepas hilang di dalam hutan selama 47 hari.

"Kita juga akan mengambil langkah mengehadkan lawatan daripada orang luar kerana kedua-duanya masih belum pulih sepenuhnya," katanya dalam sidang media selepas lawatan di HRPZ II di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Oktober 2015 @ 8:04 PM