JARI yang membengkak apabila cincin gagal ditanggal.
JARI yang membengkak apabila cincin gagal ditanggal.
ANGGOTA bomba memotong cincin mangsa.
ANGGOTA bomba memotong cincin mangsa.
Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz

Ampang: “Lelaki itu datang menangis meminta bantuan memotong dua cincin ‘sakti’ dipakai di jari manis dan jari hantu pada tangan kanan,” kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang Jaya.

Dalam kejadian jam 10 pagi semalam, lelaki warga Indonesia itu menahan sakit berikutan cincin itu tersepit mengakibatkan dua jarinya membengkak.

Menurutnya, mangsa berusia 31 tahun itu muncul di balai bomba dalam keadaan cemas dengan riak muka cemas sambil menitiskan air mata.

Katanya, mangsa terpaksa ditenangkan sebelum anggota bomba mengambil masa 15 minit memotong dua cincin dipakainya itu.

“Ketika ditanya, mangsa mengatakan baru sahaja memakai dua cincin itu. Namun sebaik bangun daripada tidur, dia gagal mencabut cincin berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 Oktober 2015 @ 6:32 AM