Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi bantu potong cincin wanita yang tidak dapat dikeluarkan dari jari. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba terpaksa dipanggil bagi bantu potong cincin wanita yang tidak dapat dikeluarkan dari jari. FOTO ihsan bomba
Noor Azurin Mohd Sharif

Melaka: Sepasukan anggota bomba dipanggil ke Hospital Melaka, di sini, 10.19 malam semalam, bagi membantu memotong empat cincin pada jari manis seorang pesakit perempuan berusia 23 tahun.

Difahamkan gadis berkenaan ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selepas jarinya membengkak akibat cincin dipakai tidak dapat dikeluarkan.

Jurucakap Bomba berkata, usaha memotong cincin dilakukan dengan teliti dan mengambil masa yang agak lama berikutan wanita terbabit memakai tiga cincin sekali gus di jari manis tangan kanan manakala satu lagi di jari sama tangan kiri.

"Semua cincin berjaya dipotong dalam tempoh 36 minit. Usaha itu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kecederaan berikutan jari mangsa yang sudah membengkak.

"Bomba sememangnya sentiasa menjalin kerjasama dengan pihak hospital untuk kes kecemasan seperti ini kerana kami mempunyai peralatan khas yang sesuai," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 April 2017 @ 7:28 PM