Ankara: Polis Turki berkata, dua budak perempuan berusia 9 dan 12 tahun maut selepas roket dilepaskan pemberontak Kurdis tersasar dan membedil kediamannya.

Empat yang lain turut cedera dalam kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, polis mendakwa serangan Jumaat lalu itu dilaksanakan pemberontak Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang menyasarkan kenderaan polis di pekan Bismil.

Semalam, pemberontak PKK didakwa meletupkan bom di sebuah jalan di wilayah Bitlis yang mempunyai ramai penduduk Kurdis, lapor agensi berita Dogan.

Tiada kecederaan serius dilaporkan. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2015 @ 5:59 AM