POLIS Turki menahan seorang lelaki disyaki anggota IS di Konya.
POLIS Turki menahan seorang lelaki disyaki anggota IS di Konya.

Ankara: Polis Turki menahan kira-kira 30 orang disyaki anggota Negara Islam (IS) semalam, sehari selepas berbalas tembakan dengan kumpulan itu.

Media tempatan melaporkan, polis melancarkan operasi serentak terhadap kediaman disyaki dihuni anggota IS di Konya. Agensi berita Dogan berkata, operasi itu masih berterusan.

Isnin lalu, dua anggota polis dan tujuh suspek IS terbunuh dalam tembak-menembak di Diyarbakir - bandar dengan majoriti penduduknya Kurdis.

Turki yang menghadapi pilihan raya Ahad ini memburu pelampau IS secara besar-besaran selepas menuduh kumpulan itu bertanggungjawab bagi dua serangan bom di Ankara bulan ini yang mengakibatkan 102 kematian.

Presiden Recep Tayyip Erdogan kelmarin berjanji akan terus melaksanakan operasi terhadap ‘semua pengganas’ termasuk IS dan anggota Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 10:21 AM