LELAKI itu panik selepas api menyambar keretanya dan pam minyak.
LELAKI itu panik selepas api menyambar keretanya dan pam minyak.
Agensi

Detroit, Amerika Syarikat: Seorang lelaki yang takut kepada labah-labah hampir menyebabkan sebuah stesen minyak di sini terbakar apabila dia cuba membunuh serangga berkenaan dengan membakarnya menggunakan pemetik api.

Lelaki tidak dikenali itu dilaporkan berhenti di stesen minyak berkenaan untuk mengisi minyak sebelum ternampak seekor labah-labah berada di penutup minyak keretanya.

Dia mencuba beberapa kali untuk menghalau labah-labah itu, tetapi serangga berkenaan tetap enggan keluar dari penutup keretanya.

Kerana terlalu takut lelaki itu kemudian mengambil pemetik api dan cuba membakar labah-labah itu.

Bagaimanapun, tindakan lelaki itu akhirnya memakan diri apabila kereta tiba-tiba disambar api sebelum merebak ke pam minyak.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:34 AM