Dengan sekali lafaz, Farhan sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan. FOTO Afendi Mohamed

Syanty Octavia Amry

Bangi: Dengan sekali lafaz bekas peserta Akademi Fantasia musim keempat, Farhan Azizan, 29, sah bergelar isteri kepada Ahmad Rashadan Suhaimi, 30, jam 10.15 pagi tadi. 

Farhan yang dinikahkan oleh Pendaftar Pernikahan, Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof berwalikan bapanya Azizan Mohd Khir di Masjid Al Hasanah, di sini, menerima mas kahwin rm300 dan sebentuk cincin.

Selain itu, dia juga menerima hantaran antaranya set penjagaan wajah, wangian, telekung, senaskhah al-Quran dan jam tangan.

Manakala pihak lelaki menerima sembilan dulang hantaran berupa sebentuk cincin, sirih junjung, kelengkapan solat, seutas jam tangan, bunga rampai, manisan, buah-buahan, sejadah dan coklat.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 selepas lapan tahun bercinta.

Majlis resepsi mereka akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Seri Endon, Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Oktober 2014 @ 6:52 PM