AKSESORI pelengkap gaya untuk wanita.
AKSESORI pelengkap gaya untuk wanita.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


MASIH tercari- cari hadiah untuk yang tersayang sempena Aidilfitri dan sambutan Hari Ibu tidak lama lagi?.

Apa kata hadiahkan wanita kesayangan anda dengan koleksi jam tangan terbaharu, ICE Flower daripada Ice Watch.

Jam tangan terbaharu itu hadir dalam rekaan yang lebih segar, feminin dan optimistik, sekaligus menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri si dia tersayang.

Sesuai dengan temanya, koleksi berkenaan sarat dengan elemen bunga-bungaan yang berwarna-warni.

Ia diterjemahkan dalam lima gaya menarik iaitu Twilight Daisy, Pastel Lotus, Blue Lily, Colour Leaves dan Turquoise Leaves.

Setiap satunya boleh digayakan dengan pelbagai jenis busana tidak kiralah tradisional atau moden kontemporari.

Aksesori pelengkap gaya itu pasti membuatkan wanita kesayangan anda tersenyum lebar di pagi lebaran nanti.

REKAAN jam tangan yang elegan untuk si jejaka.
REKAAN jam tangan yang elegan untuk si jejaka.

Untuk meraikan sambutan Hari Ibu, jenama itu turut menampilkan koleksi istimewa untuk wanita dan ibu kesayangan anda.

Dua warna boleh dipilih iaitu rona merah jambu lembut atau putih dengan kemasan emas atau emas merah jambu.

Terdapat empat gaya menarik boleh dimiliki iaitu Heaven Sage, White Sage, Poppies Fields dan Lady Pink.

JAM tangan menarik sempena sambutan Hari Ibu.
JAM tangan menarik sempena sambutan Hari Ibu.

Apapun pilihan anda, setiap satunya dapat menyerlahkan lagi sisi kelembutan, sentuhan bunga-bungaan dan gaya feminin dalam pakaian seharian.

Tidak syak lagi, ia adalah antara hadiah terbaik untuk wanita dan ibu kesayangan anda.

KOLEKSI jam tangan menarik untuk wanita sempena Aidilfitri dan Sambutan Hari Ibu.
KOLEKSI jam tangan menarik untuk wanita sempena Aidilfitri dan Sambutan Hari Ibu.

Untuk jejaka pula, jenama berkenaan tampil dengan koleksi terbaharu, ICE steel.

Dengan tali silikon hitam yang fleksibel, bertekstur dan dail keluli hijau atau biru, jam tangan itu tampak moden serta malar segar.

Jam tangan menarik itu pastinya akan melengkapkan lagi penampilan pada hari raya ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 6:30 AM