ICE-Watch Light Up The Night Run 2022 diadakan dengan kerjasama The Marathon Company dan pusat beli-belah IOI City Mall selaku penaja lokasi.
ICE-Watch Light Up The Night Run 2022 diadakan dengan kerjasama The Marathon Company dan pusat beli-belah IOI City Mall selaku penaja lokasi.
Fairul Asmaini Mohd Pilus


BAGI memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini, Ice-Watch kembali mengadakan acara larian, Light Up The Night Run 2022.

Acara larian yang memasuki tahun kelima itu dijangka diadakan di Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya pada 3 Disember depan.

Pengarah Time Zone Malaysia, Mirzan Meer berkata, acara tahunan itu bukan sahaja dapat mempromosikan gaya hidup sihat, malah turut meraikan identiti tersendiri jenama itu yang warna-warni, 'funky' dan 'sporty.'

Kata Mirzan, acara itu adalah untuk memastikan semua ahli keluarga kekal aktif dan bergembira sambil memupuk kesedaran mengenai kesihatan.

EDISI khas jam tangan Ice Watch istimewa sempena acara larian berkenaan di bawah koleksi ICE Generation.
EDISI khas jam tangan Ice Watch istimewa sempena acara larian berkenaan di bawah koleksi ICE Generation.

"Matlamatnya bukan sahaja untuk membantu golongan muda mengembangkan bakat fizikal mereka, tetapi juga menyemai semangat persaingan, keazaman dan inspirasi dalam diri mereka.

"Semua itu akan memberi manfaat kepada akademik kehidupan di alam pekerjaan kelak.

"Acara ini juga diadakan bagi menyokong dan meningkatkan lagi minat kepada sukan larian dengan cara yang memberi kesan positif kepada rakyat Malaysia," katanya pada majlis pelancaran acara larian itu.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Sri Meer Habib, Pengarah Eksekutif, Datin Seri Zarida Noordin, Pengarah Projek The Marathon Company, Hafiz Md Khas dan Ketua Peruncitan, pusat beli-belah IOI Mall, Chris Chong.

Pada majlis sama, Mirzan turut memperkenalkan edisi khas jam tangan Ice Watch istimewa sempena acara larian berkenaan di bawah koleksi ICE Generation.

MIRZAN
MIRZAN

Ia boleh didapati dalam tujuh rona menarik iaitu biru, hijau, kuning, oren, merah jambu, putih dan hitam.

Lebih menarik, jam itu bercahaya dalam gelap dan talinya juga direka dengan lebih 'sporty' dan ringan.

Ice-Watch Light Up The Night Run 2022 juga diadakan dengan kerjasama The Marathon Company dan pusat beli-belah IOI City Mall selaku penaja lokasi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Oktober 2022 @ 6:07 AM