Suasana di lokasi. FOTO Yusni Arifin
Suasana di lokasi. FOTO Yusni Arifin
Oleh Siraj Zaini


Subang Jaya : Pegawai dan anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) dilihat berada di USJ1, berhampiran Persiaran Subang Mewah, di sini, sejak 6 pagi tadi, dipercayai ada kaitan dengan kes culik Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais.

Difahamkan, polis turut membawa beberapa individu dipercayai suspek yang melarikan mangsa.

Kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat turut berada di kawasan berkenaan.

Laluan terbabit yang mempunyai semak samun serta paya turut ditutup kepada orang awam kira-kira 500 meter dari jalan utama.

Kevin dilaporkan hilang pada 4 September lalu selepas keluar dari rumahnya di Menara Duta, Kondominium Duta Mas untuk ke tempat kerjanya di Pejabat Peguam Negara, Putrajaya.

Susulan itu, sebuah kenderaan dipercayai jenis Proton Perdana yang dikaitkan dengan mangsa dijumpai terbakar di ladang kelapa sawit, Kampung Sungai Samak Hutan Melintang, Perak pada 6 September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:06 AM