ANGGOTA polis trafik menutup mayat mangsa langgar di Jalan Tanjung Bungah, Georgetown.
ANGGOTA polis trafik menutup mayat mangsa langgar di Jalan Tanjung Bungah, Georgetown.
Oleh Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Seorang wanita berusia 54 tahun maut selepas dirempuh kereta ketika berjalan kaki ketika mahu melintas Jalan Tanjung Bungah, di sini, 10 pagi ini.

Mangsa Chong Tsu Keng dirempuh kereta dipandu seorang wanita yang datang dari Jalan Tanjung Tokong ke Batu Feringghi.

Ketua Polis Daerah Timur LautAsisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu kereta terbabit gagal mengawal kenderaannya di persimpangan lampu isyarat lalu terlanggar mangsa.

"Mangsa yang cedera parah dan disahkan meninggal dunia ditempat kejadian dan mayatnya dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat.

"Siasatan sedang dilakukan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi kejadian diminta tampil membantu kami," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 3:48 PM