Seorang lelaki warga emas yang gemar bersukan pada setiap hari termasuk mendaki bukit menemui ajal apabila terbabit kemalangan dengan motosikal sewaktu menunggang basikal di Jalan Mount Ekskrine, di sini, semalam.

Kejadian berlaku jam 6.30 pagi sewaktu mangsa, Khaw Chun Kok, 64, dari Solok Lintang, Air Itam menunggang basikal bersama dua lagi rakannya dari arah Jalan Masjid Negeri ke Batu Feringghi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kemalangan itu membabitkan basikal yang ditunggang mangsa dan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki.

Beliau berkata, ketika kejadian mangsa bersama dua rakannya dari arah Jalan Masjid Negeri ke Batu Feringgi dan sewaktu tiba di Jalan Mount Erskine, sebuah motosikal tiba-tiba keluar dari simpang menyebabkan mangsa gagal mengawal basikalnya lalu melanggar sisi kanan motosikal berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Ogos 2015 @ 5:12 AM