FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
Hadzlihady Hassan


LELAKI maut selepas motosikal ditunggang bertembung bas Rapid Penang di Jalan Batu Feringghi, Georgetown, hari ini.

Dalam kejadian 12.45 tengah malam itu, mangsa Mikhail Louis Abdullah, 45, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah pada badan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, siasatan mendapati mangsa dalam perjalanan dari Tanjung Bungah menuju ke Batu Feringghi.

“Mangsa yang menunggang skuter Yamaha Ego Avantiz terbabas dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas.

“Motosikal mangsa remuk manakala bas terbabit pecah cermin hadapan bahagian kanan,” katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 April 2018 @ 11:27 AM