HUSAINY (berdiri tiga dari kiri)  bersama peserta pertandingan.
HUSAINY (berdiri tiga dari kiri) bersama peserta pertandingan.
Oleh Siti Farahiyah Aziz

Kuala Lumpur: Dua pelajar, Khalida Sofea Huzaini, 18, dan pasangannya Nur Syakirah Mawardi, 18, dinobatkan johan Pertandingan Ucapan Awam dan Bengkel Kemerdekaan sempena bulan Merdeka yang bertajuk ‘What Are The Characteristic of a Malaysia Patriot?’

Menurut Sofea, dia tidak menyangka mereka akan memenangi tempat pertama kerana menyampaikan hujahan dalam bahasa Inggeris bukan sesuatu yang mudah.

“Kami mengambil masa tiga minggu membuat persiapan untuk menyertai pertandingan ini.

“Persiapan itu termasuklah mencari bahan hujahan, latihan sebutan, teknik penyampaian serta hubungan mata dengan penonton,” katanya yang ditemui di Dewan Inovasi, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di sini, semalam.

Turut hadir, Dekan Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Penglibatan Pelajar (CSASI) UNIRAZAK Datin Nor Hafizah Ismail, Presiden Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) Datuk Husainy Hashim dan Timbalan Pengerusi YPNM Datuk Nadzim Johan.

Program ini adalah kali pertama diadakan dengan kerjasama antara UNIRAZAK dengan YPNM.

Sementara itu, Nor Hafizah berkata, program ini dianjurkan bagi memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pelajar UNIRAZAK.

“Melalui pertandingan ini secara tidak langsung dapat membina kemahiran berkomunikasi dan membentuk keyakinan dalam diri pelajar apabila berhadapan dengan khalayak umum,” katanya.

Tempat kedua pula dimenangi Ahmad Salehudin Ahmad Fauzan, 18, dan tempat ketiga dimenangi oleh Nur Athirah Haziqah Jumali, 18, dan pasangannya S Thibaa.

Ahmad Salehudin berkata, semangat patriotisme perlu merangkumi kesabaran, penerimaan, toleransi, menghormati, idealistik, optimis dan bersyukur bagi mengekalkan perpaduan serta keharmonian dalam bermasyarakat.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2015 @ 12:06 PM