Kalau seseorang itu ikhlas hendak berubah menjadi lebih baik, biasanya ia akan terserlah sendiri di mata orang lain. Tidak perlu hendak mencanang satu dunia dan menunjuk-nunjuk perubahan itu.

Seperti seorang artis tampan ini. Tidak lama dulu dia berdepan saat genting apabila hidupnya diduga hebat.

Siapa yang mengikuti kisah hidupnya pasti bersimpati.

Bukan calang-calang bahkan dugaan itu memberi kesan yang agak besar juga terhadap dirinya. Bayangkan, banyak kerjanya tertangguh dan dia terpaksa berehat panjang daripada dunia seni.

Dalam tempoh itu, dia sentiasa juga memaklumkan perkembangan dirinya. Sikap positif itu mendapat pujian terutama daripada peminatnya.

Memang ketika itu nampak perubahannya dan banyak juga perkara berfaedah dia tunjukkan hingga ramai mengandaikan dia seakan-akan mahu meninggalkan karier seni.

Bagaimanapun, perubahan itu tidak bertahan lama pun. Dia kini dikatakan sudah kembali kepada aktiviti yang sebaliknya amat bertentangan dengan perubahan dirinya tidak lama dulu.

Bukan itu saja, tindakannya makin berani menyebabkan ramai tertanya adakah ikhlas dia mahu berubah sebelum ini?

Entahlah, bagi SS, kalau belum bersedia untuk berubah, tidak payah menunjuk-nunjuk baik.

SS: Selalu ingatkan diri supaya tidak terikut-ikut perangai orang lain dan jadi ‘fake’ atau palsu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2015 @ 5:27 AM