Suatu ketika dulu, artis ini pernah hidup susah kerana sukar mendapat tawaran kerja.

Nasibnya berubah selepas dia ditemukan jodoh dengan jejaka baik hati dan kaya.

Namun, selepas itu, SS difahamkan artis terbabit mula berubah sikap sehingga lupa diri.

Artis itu juga dikatakan suka menunjuk-nunjuk di laman sosial se­olah-olah dirinya lebih bagus dari­pada orang lain.

SS turut difahamkan sejak hidupnya senang, artis itu turut berlagak sombong terhadap rakannya.

Bagaimanapun, dia mungkin tidak sedar dirinya sendiri juga teruk kerana pernah mencetuskan kontroversi hangat sebelum ini.

Begitu mudahnya seseorang itu boleh lupa diri hanya kerana harta dan wang.

SS: Ingat, langit tidak selalu cerah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 January 2015 @ 5:01 AM