ANGGOTA Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Mohamad Hairi Azmi Tham
ANGGOTA Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia mengeluarkan mangsa yang tersepit. FOTO Mohamad Hairi Azmi Tham
KEADAAN kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan hingga mengorbankan tiga sekeluarga, manakala dua kanak-kanak lagi cedera. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kenderaan mangsa yang terbabit kemalangan hingga mengorbankan tiga sekeluarga, manakala dua kanak-kanak lagi cedera. FOTO ihsan Bomba
Oleh Mohamad Hairi Azmi Tham


Kuala Kangsar: Tiga sekeluarga maut dan dua lagi cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabit kemalangan dengan lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Lempor, Manong, di sini, petang tadi.

Dalam 1.50 petang itu, mangsa yang meninggal dunia adalah pemandu MPV dikenali sebagai Zurina Zainal Abidin, 35; bapanya Zainal Abidin Yub Mat Rasid, 70, dan kanak-kanak Zafryn Alif Damien Shainatulhisem, 9.

Jurucakap Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, semua mangsa maut tersepit dalam kenderaan dan pihaknya terpaksa menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mereka.

Dua lagi mangsa iaitu kanak-kanak berusia empat dan tujuh tahun cedera manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan, katanya.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada 1.58 petang dan sepasukan anggota diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Khairil Anuar Shaharuddin ke tempat kejadian bagi melakukan operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit.

"Kedua-dua kenderaan terbabit dipercayai bertembung dan kemalangan membabitkan enam mangsa termasuk tiga yang meninggal dunia di tempat kejadian.

"Ketiga-tiga mangsa yang meninggal dunia tersepit di bahagian pemandu, penumpang hadapan dan penumpang belakang dikeluarkan oleh pihak bomba. Dua lagi kanak-kanak yang cedera dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Kuala Kangsar," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 3 September 2015 @ 6:32 PM